Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Windows XP: Tutorial Mudah Cara Instalasi

Tutorial Lengkap dan Mudah Cara Menginstal Windows XP

Cara Menginstal Windows XP

WEB TKJ - Terdapat banyak cara untuk memasang Windows XP pada komputer. Jika anda memasang dengan format CD, kemudian boot komputer melalui CD-ROM, cara ini dipanggil sebagai clean install. Anda perlu menjalankan clean install jika:

» Komputer anda menggunakan Windows 3.0, Windows 3.11, Windows 95 dan Windows 3.51
» Komputer anda tidak menggunakan produk dari Microsoft
» Komputer anda masih belum mempunyai sistem operasi

Mari saya mulai dengan menjalankan instalasi Windows XP dari CD. Saya akan menganggap komputer anda belum mempunyai sistem operasi di dalamnya.

Langkah 1
Hidupkan PC anda dan masukkan CD-ROM Windows XP Professional ke dalam CD-Drive. Anda perlu terlebih dahulu mengaturkan supaya sistem anda dapat boot melalui CD-ROM.

Langkah 2
Selepas komputer selesai menjalankan POST, rutin setup untuk Windows XP akan bermula.

Awalan program menunjukkan proses penyalinan file-file yang diperlukan oleh Windows XP. Semasa proses ini dijalankan, program setup akan memuatkan Windows XP (versi minimal) sebelum dapat memulakan program setup. Secara spesifik, saat ini Windows akan memuatkan pemacu (driver) bagi kegunaan perkakasan yang tertentu.

Langkah 3
Setelah program setup selesai memuatkan semua file yang diperlukan, anda akan dapat melihat menu partition pada sistem anda.
Untuk menciptakan partition, anda boleh menggunakan utiliti ini. NOTA: Jika sistem anda sudah mempunyai partition, anda boleh membuang partition tersebut dan menggantikan dengan partition yang baru.

Untuk membuang partition, tekan key D. Untuk menciptakan partition, tekan key C.

Langkah 4
Apabila anda memilih untuk menciptakan partition baru, anda akan di bawa ke paparan berikut.

Anda diberi pilihan untuk meletakkan size partition yang ingin diciptakan. Jika anda tidak memahami maksud partition, saya menyarankan anda menggunakan keseluruhan size partition secara maksimal, tekan key Enter untuk ke peringkat seterusnya. NOTA: Perlu diingat Windows XP memerlukan size CD sekurang-kurangnya 1.5GB.

Langkah 5
Kemudian, anda akan ditanya bentuk format bagi partition baru anda. Terdapat beberapa pilihan format yaitu NTFS (Quick), FAT (Quick), NTFS, dan FAT. Pilihlah jenis format yang dikehendaki dan tekan key Enter untuk ke proses seterusnya.

Langkah 6
Setelah anda memilih jenis format, program setup akan memulai proses format pada partition yang diciptakan. Bergantung kepada ukuran partition dan jenis sistem file yang dipilih, proses ini akan memakan waktu antara 1 hingga 10 menit untuk selesai.

Langkah 7
Kemudian Windows XP akan memulai proses menyalin file sumber Windows XP dari CD ke dalam partition baru. Proses ini akan mengambil waktu beberapa menit.

Langkah 8
Setelah selesai menyalin file Windows, sistem akan reboot. Setelah komputer anda selesai reboot, program setup akan bertukar ke mod GUI. Saat ini sistem akan mengenali dan memasang berkas yang terdapat di dalam PC anda. Pada proses ini juga akan menyebabkan layar desktop anda berkedip-kedip untuk beberapa kali karana sistem mencoba untuk mengenali jenis videocard yang sedang digunakan.

Langkah 9
Semasa dalam mod GUI, anda akan ditanya untuk memeriksa setting Regional dan Language. Anda juga perlu memasukkan Product Key bagi Windows XP. Nomor Product Key ini didapat pada label CD Windows XP.

Langkah 10
Klik tombol Next. Pada menu berikutnya, lalu masukkan nama komputer dan kata sandi Administrator. Klik tombol Next, dan pada menu seterusnya, pilih Time Zone bagi kawasan anda.

Langkah 11
Pada langkah berikutnya, anda akan menetapkan konfigurasi pada Network Settings, terdapat dua pilihan diberikan: Typical dan Custom. Jika anda memilih Typical settings, sistem anda akan dipasangkan dengan komponen-komponen berikut:

- Client for Microsoft Networks
- QoS Packet Scheduler
- File and Print Sharing for Microsoft Networks
- TCP/IP, configured for DHCP


Jika anda memilih Custom settings, anda akan diberi peluang untuk menambah dan menetapkan konfigurasi network secara manual. Anda tidak perlu risau tentang ini, jika anda melakukan kelalaian pada konfigurasi, anda masih dapat mengubahnya kemudian hari.

Langkah 12
Berikutnya, anda perlu menetapkan jenis network yang ingin dipilih, sama ada Workgroup atau Domain. Jika anda memilih untuk menyertai Domain, anda akan ditanya untuk memasukkan informasi username serta kata sandi untuk memverifikasi identitas anda. Kemudian klik tombol Next.

Langkah 13
Sekarang anda tinggal menunggu sistem anda menyalinkan file-file yang diperlukan. Semasa proses penyalinan ini, sistem anda akan memasang program-program ke dalam Start Menu, mendaftarkan komponen Windows dan membuang file-file sementara dari Temporary folder.

Langkah 14
Apabila proses setup hampir siap, sistem anda akan melakukan auto restart dan reboot.

Jika semuanya berada dalam keadaan baik dan benar, maka sistem anda akan memuatkan Windows XP Professional pada loading page, dan anda sudah bisa menggunakan sistem operasi baru anda. Lakukan pemasangan software dan driver dari pihak ketiga seperti program utility, sofware sound, driver ethernet, serta aplikasi browser internet sesuai pilihan anda.

Selamat anda telah berhasil memasuki desktop Windows XP.

Penutup

Satu catatan penting untuk Anda, pastikan hardware yang Anda gunakan tidak ada yang berubah sebelum dan sesudah Anda menginstal ulang Windows. Jika Anda mengubah hardware pada instalasi Windows yang baru, Anda tidak bisa menggunakan trik ini.
Admin
Admin Terimakasih Atas Kunjungan Anda.

Posting Komentar untuk "Windows XP: Tutorial Mudah Cara Instalasi"